eNjOy

Dimulakan dengan BISMILLAH.

rElAx

Disudahi dengan ALHAMDULILLAH.

BE UR SELF

E-CLASS FROM D'BOTTOM OF MY HEART.

WARM ASSALAM FOR MY NEW FRIENDS

INCOMING PETUNJUK DAN HIDAYAH.

gO hEalThY

Keep ur MIND N BODY N SOUL Fresh.

Thursday, August 19, 2010

Spur : CEO Defy!

 
Letak Jawatan CEO Untuk Berniaga!!!

 This time I would like to share with you all my Best Friends extra-best story ... cerita dia bermula begini....

" Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku."

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku adalah guru.
Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan… dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke Penolong Pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah… aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO…. aku mula terasa kehilangan sesuatu!

Kebahagiaan keluarga….

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus… yang sulung dah tak macam orang… rambut warna merahbertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting…. main golf pun bincang pasal kerja…. dinner pun meeting lagi!… sampai tiada masa untuk bersolat!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku… sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat … kekadang terlupa… masyaAllah! Setiap hari ada saja temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis… aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad…! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO… tetapi menangis kerana gembira… mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!


Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang… bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari…. Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00 sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras… dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau… atau lebih kurang jadi ‘chairman’…. dan anak-anak aku sebagai Directornya…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh! baru pukul 3.45.pm. Lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 6.00pm… so, bolehlah aku berangan lagi… Beginilah kehidupan aku seorang Kerani Goment…
Hehehe… :D

P/S :-

So, remember this always.... Usaha Tangga Kejayaan and Solat Itu Tiang Agama. As we all know... Berniaga adalah 9/10 daripada sumber rezeki. Dont be like Mat Jenin... terutamanya time office hour. Coz kerja tu telah diamanahkan kepada anda so buat yang terbaik Kalau dah siap kerja takpa..ok?!! One more thing, kalau kena sergah dengan CEO...hah! camner? siapa nak jawab???... hihihi...Last but not least.... walaupun anda bz tahap maximum sekalipun....Pleaseeeeeeeeee DO NOT ignore your family...Ingatlah orang yang tersayang selaluuu.


 



Wednesday, August 11, 2010

Chronicle : Atuk-Atuk Mambau



Nek Lang n Tuk Isham

Tuk Leman N Tuk Mid

Diantara atuk-atuk Mambau yang dapat disnap... semasa majlis doa selamat dan tahlil especially for Tok Pokeh! heeee...;)

Chronicle : 1 year Joyful Moments


















Alhamdulillah...akhirnya dapat juga kami sekeluarga menyambut hari lahir yang pertama our gurl...Nurzulaikha Irdina Binti Muhd. Ridhuan. Semoga senantiasa dirahmati Allah hendaknya...Amin. Sambutan yang dibuat simple but nice. Bila dah ada baby ni..." Nothing Else Matter "!...

Chronicle : Escapade Pilot

wanna be a pilot someday baby?!! ...;)

Seronoknya terbang di Awan.... Ibu...

Jalan-jalan with Irdina and then nampak pula mainan jet and ultraman. Terus bagi Irdina adventure. Punyalah suka hati dia.

Tuesday, August 10, 2010

Chronicle : Ramadhan 2010



Selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan mulia ini! Semoga amalan ibadah kita diterima Allah. Amin.

Monday, August 02, 2010

Chronicle : become designer?!!

Nap time


Nap time 2


apalah yang tak kena tu...

Ibu nak yang itu juga...


gigi nak tumbuh lagi ke ni...

Leceh rupanya job desingner ni...patut la husband asyik balik lambat...kalau husband tengah busy keje...Pleaseee do not disturb ok...!!! ahaks

Precious Dimension : Treasure 1

mixvege...coleslaw  


 mashed potato n caret..


 mee goreng ulam petai..


ocean blue sagu

spaghetti bolognese

ayam goreng berempah


From my precious dimension... I can do anything... bak kata cikgu masakan kitorang..."kite yg buat dia.. bukan dia yang buat kite.."..namanya..Cikgu Narimah kot...!! heee..boleh ya cikgu..I borrow ur pepatah... but still need more polish la...ahakss...n pesan cikgu lagi.. " Must always JADI...practice n more practice "... InsyaAllah...






Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More