eNjOy

Dimulakan dengan BISMILLAH.

rElAx

Disudahi dengan ALHAMDULILLAH.

BE UR SELF

E-CLASS FROM D'BOTTOM OF MY HEART.

WARM ASSALAM FOR MY NEW FRIENDS

INCOMING PETUNJUK DAN HIDAYAH.

gO hEalThY

Keep ur MIND N BODY N SOUL Fresh.

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Upshot : Hukum Bersalam.



Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "

Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah wajib. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i.    Bersalaman antara sesama jenis (jantina)

Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan  dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah  dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii.    Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)

Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah haram, bahawa Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan. 

iii.    Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya

Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, ada yang beranggapan bersalaman dengan keluarga  yang hampir seperti sepupu, isteri bapa saudara, adik ipar atau kakak ipar dan lain-lain yang tidak bersangkut paut dengan mahram. Ini adalah keliru, kerana hukumnya tetap ajnabiah haram bersentuhan.

Menurut para ulama, lafaz memberi salam ialah seperti  berikut :

Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."

Sementara lafaz bagi menjawabnya pula ialah :

Maksud : "Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :

Maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda  Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam : "Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya : Daripada Imran bin Husain katanya : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan " h_jwslma.gif (2581 bytes)     " kemudian duduk, maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan" kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan  h_jwslmb.gif (4362 bytes)    lalu duduk, maka Baginda bersabda" Dua puluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan " h_jwslm.gif (5573 bytes)    " lalu duduk, seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".
(Riwayat al-Imam Abu Daud)
Maca mana pula kalau ada orang berkirim salam ? Jika seseorang berkirim salam kepada seseorang yang lain maka kita yang menerima salam itu menjawabnya dan disunatkan berdo`a untuk pembawa salam tersebut dengan lafaz :
h_jwslm3.gif (5001 bytes)
Maksudnya : "Ke atasmu dan keatasnya salam sejahtera".
Dalam sebuah hadis lain :
Maksudnya : Ayahku telah mengutusku untuk menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dia berkata : "Datanglah Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam maka sampaikanlah kepadanya salamku, "maka aku pun datang kepadanya, lalu aku berkata : "Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu". lalu Baginda menjawab :
h_jwslm4.gif (4721 bytes)

Maksudnya : "Ke atasmu dan keatas ayahmu salam sejahtera"
Memandangkan salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah. apatah lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktikkan.


Credit : Al-Hadaf

Contoh :  

UNTUK pengetahuan ustaz, keluarga suami saya adalah golongan yang tidak mengambil kisah pasal agama. Adik dan kakaknya yang perempuan berpakaian ketat dan tidak memakai tudung. Adik-adiknya yang lelaki pula suka bersalaman dengan saya terutama pada hari raya dan saya terpaksa bersalaman dengan mereka. Saya mahu mengelak tetapi bimbang mereka akan terasa. Apa pandangan ustaz? Kedua, kawan saya bertanya, apakah hukum seorang lelaki bersalaman dengan ibu tiri isteri? Adakah ibu tiri isteri termasuk muhrim? Harap dapat penjelasan.


Jawapan : 

Hubungan antara seorang wanita dengan adik atau abang ipar adalah mahram yang sementara. Sekiranya suami wanita itu menceraikannya atau meninggal dunia, maka adik atau abang ipar boleh mengahwininya. Justeru, saudari tidak boleh bersalam dengan adik-beradik lelaki suami. Saudari hendaklah memelihara aurat depan mereka dan tidak boleh berjalan berdua-duaan bersama adik-beradik lelaki suami saudari.

 Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi menyebut (yang bermaksud): Sesiapa yang berusaha mencari reda Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan dengan manusia. Dan sesiapa yang berusaha mencari reda manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah akan menyerahkannya kepada manusia.

Aurat dari segi bahasa bererti kurang dan sesuatu yang dianggap buruk (an-Naqsu wassyaiul mustaqbahu). Dari segi istilah syarak bermaksud sesuatu yang wajib ditutup dalam sembahyang (ma yajibu satruhu fis solah) atau maksud kedua iaitu sesuatu yang haram dipandang (ma yahrumun nazru ilaih). Ada pembetulan pada pertanyaan saudari. Muhrim yang sebenarnya bermaksud orang yang berada dalam ihram haji atau umrah.
Sekiranya maksud saudari muhrim itu adalah orang yang haram untuk kita nikahi, sebutan yang sebenarnya adalah mahram.

Perlu diketahui bahawa ikatan mahram wujud dengan tiga sebab. Pertama kekeluargaan, kedua perkahwinan dan ketiga penyusuan. Allah SWT menyebut dalam surah an-Nisa ayat 23 dan 24 yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut iaitu) ibu-ibumu (dan nenek-nenekmu), anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibumu, anak-anak perempuan saudara lelaki, anak-anak perempuan saudara perempuan, ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara perempuan susuan, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu (dan yang tidak dalam pemeliharaan kamu) dari isteri yang kamu telah campur, tetapi kalau kamu belum campur mereka, maka tiada salah kamu mengahwininya. Dan isteri-isteri anak-anak kamu yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini) kecuali yang berlaku pada masa lalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru, ibu tiri isteri tidak termasuk dalam senarai wanita yang haram dinikahi. Kerana itu ia termasuk dalam wanita ajnabi. Antara suami dengan ibu tiri isteri halal berkahwin, maka haram bersalaman dengannya.

Credit : Shakir Shafie

Monday, December 19, 2011

Upshot : Solat Istikharah


Kes 1 :
Pertunangan yang diputuskan kerana tidak mendapat petunjuk setelah solat istikharah.
Kes 2 :
Menolak tawaran melanjutkan pelajaran dgn biasiswa yang tinggi dan peluang pekerjaan yang terjamin.

*  Istikharah, adab hamba dan Tuhannya.

Fitrah semulajadi manusia untuk merasa ragu-ragu dalam keputusan dan perbuatan yang dilakukan. Dilema ini timbul kerana mereka sedar, walau sehebat manapun tamadun dicapai, manusia hanya mampu merancang, sedangkan masa depan atau natijah sesuatu keputusan itu ditentukan oleh Allah swt.

Saranan Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Anas :

Maksudnya : “Apabila kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka beristikharahlah kepada Allah sebanyak 7 kali. Kemudian lihatlah apa yang  terlintas didalam hati kamu, maka itulah yang ada kebaikannya.”
Istikharah adalah manifestasi ketaatan dan adab sopan seorang hamba terhadap penciptanya. Dengan mengajukan permohonan kepada Allah sebelum melakukan pekerjaan, seorang hamba itu sebenarnya mempamerkan akhlak orang yang beriman, beramal soleh dan merendah diri di hadapan Allah yang menjadikannya.

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi : 

Maksudnya : 

“Antara kebahgiaan anak Adam ialah sentiasa beristikharah kepada Allah pada setiap urusannya. Antara perkara yang menyebabkan kecelakaannya ialah tidak beristikharah pada setiap urusannya.”

Adalah satu kesilapan apabila beristikharah untuk tujuan maksiat seperti :

Untuk memilih suami yang diketahui fasik, membeli barangan yang diharamkan atau menggunakan kaedah bayaran yang haram. Ia adalah haram dan salah. 


Korban Istikharah.

Orang Islam terutamanya remaja, meletakakan isthikharah pada landasan tidak terarah, malah terlalu goyah.

Kes 1:
Kesilapan memahami istikharah membawa kepada perbuatan yang jauh lebih memudaratkan. Masakan petujuk daripada Allah menganjurkn agar seorang hamba memutuskan pertunangan secara  mendadak. Bayangkan dosa yang dilakukan ekorn daripada perunjuk songsang yang diamalkan; seorang wanita yang tidak berdosa diaibkan dan dizalimi, seluruh keluarga terjejas maruah dan harga diri, dan terpaksa menanggunh kerugian yang bukannya sedikit. Dalam kes ini, istikharah tidak digunakan sebagai panduan memohon petunjuk Allah, sebaliknya ia nlelaki dayus yang tidak mempunyai keberanian meneruskan perkahwinan dan memikul tanggugjawab atau memutuskan pertunangan.

Istikharah tidak menafikan ilmu.

Memperkasakan istikharah dengan ilmu dan kajian disebutkan oleh Syeikhul-Islam Ibn Tamiyah :

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq dan bermesyuarat dengan makhluk, serta tetap pendirian dalam keputusannya. ”

Justeru, sebagaimana kita mengkaji keputusan dalam perniagaan atau pelajaran, istikharah jodoh juga menuntut seorang itu untuk mengkaji dan meminta pandangan daripada mereka yang lebih arif.

Contohnya, seorang Muslimah, apabila dilamar oleh seorang lelaki, perlu melakukan penyelidikan dan kajian terhadap calon dengan bantuan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa merangkumi aspek agama, budi perkerti, akhlak, usia, kemampuan kewangan dan keserasian. Soal hati juga menjadi penilaian. Ketika itu juga, solat istikharah dilakukan. Kecenderungan hati yang didasari penyelidikan yang jelas dan dibantu pula dengan solat istikharah memberikan jawapan yang lebih tepat kepada keputusan yang dibuat. Jika masih belum dapat memberikan kata putus, solat istikharah perlu diteruskan dn penyelidikan perlu dipertingkatkan.

Keputusan yang dicapai melalui dua kaedah ini sangat membantu seseorang berpegang dan redha dengan keputusannya. Ia juga bagi mengelak sangkaan buruk kepada Allah apabila pilihan yang dibuat berdasarkan ‘petunjuk Allah’ ini diuji dengan masalah. Perkahwinan yang diputuskan dengan istikharah tidak sunyi daripada ujian rumahtangga seperti yang lain. Malah perkahwinan ini mungkin berakhir dengan tragedi penceraian.
 
Istikharah bukan jalan pintas.

Tiada jaminan melalui al-quran atau hadis bahawa sesiapa mengerjakan istikharah, dia akan mendapat mimpi yang benar daripada Allah, bukannya syaitan. 

Kesimpulannya, kita sendiri bertanggungjawab membuat keputusan dan tidak memaksa Allah memberikan petunjuknya. Istikharah bererti kita mengharapkan redha Allah dalam melakukan keputusan. Terpulang kepada Allah menentukan apa yang bakal berlaku dengan keputusan yang kita ambil.

Credit to : Penulis : Ustaz Rohidzir Rais, Column : Fiqh Muslimah




Saturday, December 17, 2011

Upshot : Cara Solat Perempuan.





2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.

Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.

Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii.Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).

Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai disekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


 kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless didlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stoking yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat,saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.

 ** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

credit to Adreen.

Song : lirik bulan bintang - saujana




Saujana - Bulan Bintang

Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Memayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Sunday, October 30, 2011

Upshot : Hukum Berinai ( Henna )



Apakah HUKUM bagi seorang LELAKI memakai INAI di tangan tetapi menyerupai tatu?

jawapan:

Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah HARAM , melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.


Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama’ bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.


Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya.
Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.


Berikut kami petik contoh fatwa dari BAHEIS :-
Quote:
Nama : . Noor.
E-Mel : Cape7918@yahoo.com.
Kategori : SYARIAH
________________________________________ SUB KATEGORI
Munakahat – Nikah
________________________________________
Tarikh Hantar Soalan : 30/01/2007 01:32 AM

Soalan :
Apa HUKUMNYA lelaki memakai inai dijari.apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya erti kata lain berkahwin?.

Jawapan :
Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.

Status : Selesai – Paparan Web.
. Nombor Rujukan : Panel (fs) 290307
Tarikh Selesai : 29/03/2007 04:42 PM
Sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/21d3f35e6dc3256a0025727200606178?OpenDocument

Boleh merujuk kepada tautan dibawah ini :-
استعمال الرجال للحناء بين الكراهة والتحريم
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619726


CREDIT to:-  mohd masri di Mac 8, 2009
http://soaljawab.wordpress.com/2009/03/08/lelaki-pakai-inai/

Monday, October 17, 2011

Upshot : Terlindung dari fitnah Al-Masih Dajjal

Mari berkongsi Ilmu!


DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM.

Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: “YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal.” (HR Muslim 1276)
kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ 
الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Ertinya: “Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau.” (Muslim 1762).

ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).


Monday, July 26, 2010

Upshot : Imam Muda 2




EPISOD PERTAMA

Siapakah lima jenis golongan orang yang dibolehkan untuk memandikan jenazah?
1- Islam dan merdeka
2- Bukan pembunuh si mati
3- Bukan musuh si mati
4- Bukan orang yang fasik
5- Orang yang jujur dan amanah

Apakah 7 rukun solat jenazah?
1- Niat
2- Berdiri bagi yang mampu
3- Takbir 4 kali
4- Membaca Al-fatihah
5- Selawat
6- Doa kepada si mati
7- Memberi salam

Bolehkah seorang anak islam menyempurnakan mayat ayahnya yang bukan beragama islam?
Tidak boleh. Harus menziarahi mayat sahaja.

Apakah hukum bedah siasat ke atas mayat?
Harus sekiranya perlu.

Apakah hukum meletakkan bunga dan menanam pokok di kubur?
Harus. Tetapi tidak harus untuk pokok buah2an yang boleh dimakan.


EPISOD KE-2

Apakah hukum aqiqah?
Sunat muakkad

Apakah hukumnya aqiqah disatukan dengan kenduri kahwin?
Harus

Apakah hukum mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang aqiqah pada hari yang ke-7?

Sunat

Apakah hukum jika seseorang ibubapa bernazar untuk melakukan aqiqah?
Wajib dilaksanakan

Apakah hukum orang bukan islam memakan daging aqiqah?
Haram


EPISOD KE-3

Solat apakah yang sah jika diimamkan oleh seorang kanak2 atau anak kecil?
Solat sunat

Berapakan bilangan anggota sujud?
7 anggota. Dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 tapak kaki.

Apakah hukum solat sambil menyusukan anak?

Sah dengan syarat auratnya tidak terbuka.

Pembahagian solat terbahagi kepada berapa?
3. Solat fardhu, solat sunnah dan solat nafi.

Bolehkah solat khauf dilakukan di dalam daerah sendiri?

Boleh.


EPISOD KE-4

Sebutkan kedudukan hukum sahur.
Sunat mentaakhirkan sahur.


Apakah sah berpuasa sekiranya kita berniat setelah matahari terbit?

Hukumnya sah sekiranya kita belum melakukan perkara yang membatalkan puasa.


Apakah maksud zakat fitrah?
Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Aidilfitri pada bulan Ramadhan.


Siapakah amil zakat?
Amil adalah mereka yang mengumpulkan dan membahagikan zakat.


Apakah boleh membayar zakat fitrah melalui sms?
Boleh. Pembayaran zakat fitrah melalui sms tidak menyalahi hukum syarak.


EPISOD KE-5

1. Nyatakan pengertian ibadah haji mengikut istilah syarak.

>>Mengunjungi baitullah, al-Haram di Makkah kerana mengerjakan ibadah yang tertentu dalam masa yang tertentu.

2. Sebutkan syarat-syarat wajib haji?

1. Islam
2. Merdeka
3. Baligh
4. Sempurna akal
5. Berkemampuan.

3. Sebutkan definasi haji berikut?

>>Haji Ifrad.
Niat ihram mengerjakan Haji dan Umrah secara berasingan iaitu mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji, manakala niat mengerjakan umrah di luar bulan haji.

>> Haji tamattu.
Niat mengerjakan umrah dalam mana-mana bulan haji kemudian mengerjakan haji dan umrah secara berasingan.

>>Haji Qiran
Niat ihram mengerjakan haji dan umrah serentak pada masa yang sama.


EPISOD KE-6
Hak untuk mengambil nyawa itu adalah hak Allah, dan binatang merupakan satu makhluk yang rendah daripada martabatnya dari manusia yang perlu memperhambakan diri kepada manusia. Untuk itu, perlu adanya penyembelihan untuk menghalalkan haiwan itu (haiwan yang halal dimakan).

Pilih yang halal :-

Ada sebabnya Allah menyuruh umatnya pilih makanan yang halal lagi bersih, penting untuk umat islam, kerana setiap makanan yang haram kita makan, ia akan menjadi darah daging kita, dan kelak akan dipersoalkan diakhirat nanti.

Pemakanan itu membentuk sahsiah.


1. Nyatakan 2 jenis atau cara penyembelihan.

1. sembelihan ke atas binatang yang manusia berkuasa keatasnya

2. sembelihan ke atas binatang yang manusia tidak berkuasa keatasnya

2.Nyatakan 4 rukun sembelihan

1. Penyembelih
2. Alat penyembelih
3. Tempat penyembelihan
4 Binatang sembelihan

3. Apakah yang dimaksudkan dengan “memotong urat wadajain” Dua urat yang berada diatas papan tengkuk yang mengililingi halkum

4. Ahmad memakan daging ayam yang dilanggar oleh sebuah kereta tetapi sempat disembelih oleh ibunya. Apakah hukum bagipermasalahan ini?

Hukumnya:-
Sah dimakan sekiranya ayam itu masih hidup ketika disembelih oleh ibunya. tetapi makruh, kerana disembelih oleh perempuan.

5. Adakah sah sembelihan dengan menggunakan pisau yang masih berlumuran dengan darah?

Darah adalah najis, sepatutnya dibersihkan dahulu pisau itu sebelum melakukan penyembelihan yang lain sembelihan tetap sah selagi mana ia menjalankannya mengikut syarat pemyembelihan.

EPISOD-7

1. Sebutkan 5 rukun nikah.


1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi.
5. Sighah (ijab dan Qabul).

2. Sesebuah perkahwinan itu tidak sah , jika berwalikan?


1. Wali yang dipaksa.
2. Wali perempuan.
3. Wali Khunsa.
4. Wali yang masih dalam Ihram.
5. Wali kanak-kanak.

3. Apakah pula hukum bernikah dengan tunang orang? Adakah sah nikahnya?

Penikahan itu sah, kerana beliau tidak mengahwini isteri orang.

4. Adakah suami wajib bagi nafkah kepada isteri walaupun bekerja?

Suami isteri wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan dan kemampuannya walaupun isterinya bekerja.

Jangan sakiti anak yatim:-

Sabda rasulullah, yang bermaksud barangsiapa yang menyakiti anak yatim , maka ia menyakiti aku. Anak yatim tidak tergolong 8 golongan yang menerima zakat. Anak yatim perlu kita raikan, biasanya ketika bulan puasa, kita harus menggembirakannya.

Wednesday, June 02, 2010

Upshot : Imam Muda

Imam Muda memang banyak menarik minat rakyat Malaysia pada hari ini. Terutamanya, mereka yang masih SINGLE atau pada mereka yang tercari-cari calon menantu lelaki yang layak untuk anak gadis mereka!!! Pilih jangan tak pilih. Apapun yang anda cari di slot ini, semoga kite senantiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari rancangan yang menarik ini. Insya Allah….

Imam Muda adalah sebuah program bersiri  bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia dengan kerjasama JAWI. Mereka akan dihimpunkan di sebuah asrama selama 3 bulan untuk belajar dan faham hal-hal agama dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama, pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Mereka perlu menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Setiap  individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Antara yang menarik, Juara Imam Muda akan memenangi penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.Dan juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Astro Oasis Umum 10 Calon Imam Muda Terunggul.

Pelajar bersama tenaga pengajar dan pengacara rancangan Imam Muda. 
Dari kiri: Miril, Mentor 1 Ustaz Shahrizan Daud, Pengetua Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, Pengacara Imam Muda Uztaz Dzulkarnain Hamzah, Mentor 2 Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang, Aran, Hizbur, Nuri, Taufek, Adib, Syakir, Azhar, Abe Syara dan Asyraf.

Tuesday, June 01, 2010

Upshot : Sistem Downline/MLM







Sila layari link ini...untuk pemahaman yang lebih lagi...

http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Apa yang dapat saya fahami kita tidak boleh dipaksa untuk membeli produk tersebut. Beli atas sebab memang memerlukan maka tiada pembaziran berlaku. Yuran yang tinggi memang membebankan individu tersebut. Produk mestilah berkualiti. Maka dengan itu, kalau kite dah untung banyak mana pun tetap tidak halal. Kita boleh ambil modal kita balik dan selebihnya yang untung itu, bolehlah didermakan kepada anak yatim. Semoga berkat hendaknyer. Justeru, Islam tidak suka 'PAKSA'. Semuanya mestilah rela hati. Last but not least, terdapat perbezaan antara program, MLM, Affiliate dan Skim Cepat Kaya iaitu ANTARA Jual Produk Sebenar ATAU Jual Kepala Cepat Kaya!!!

Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM, disarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More