Monday, June 21, 2010

Vigor : Varicella Virus







Pelalian MRRV memberi perlindungan menyeluruh untuk mengelak Demam Campak, Beguk, Rubella dan Cacar Air.

Jika dahulu, mereka yang dijangkiti cacar air akan dikuarantin, supaya mendapat imunisasi semula jadi untuk tubuh. Mereka beranggapan ini adalah penyakit ringan dan mesti dilalui kanak-kanak. Sebenarnya kombinasi Demam Campak, Beguk, Rubella dan Cacar Air adalah 4 penyakit berjangkit yang serius dan menggugat kesihatan jutaan individu di dunia sehingga boleh menyebabkan penderitaan yang amat sangat. 

2008- WHO mencatatkan 334 kes demam campak di Malaysia - anggaran kematian - 164,000 di seluruh dunia. Walaupun kematian akibat beguk jarang berlaku, penyakit ini boleh dikaitkan dengan beberapa komplikasi dan masih dilaporkan di negara membangun.

Vaksin MMR adalah WAJIB bagi Program Imunisasi Tambahan Malaysia (EPI) - 2002. Iaitu 2 dos sekali pada usia 12 bulan dan yang ke-2 sewaktu mereka 7 tahun. Varicella + vaksin mandatori MMR menggalakkan pematuhan pelalian yang lebih ketat menentang virus varicella dan dapat mengurangkan jumlah suntikan untuk kanak-kanak.

- Gandingan vaksin baru yang dipanggil MRRV dengan dua dos mandatori yang diperlukan untuk demam campak, beguk dan rubella akan memberikan perlindungan lebih baik dan berterusan untuk menentang cacar air. MMRV memberikan kemudahan kepada ibu bapa dengan pilihan satu suntikan berbanding dua suntikan yang diamalkan selama ini untuk melindungi anak-anak terhadap empat jenis penyakit sekaligus.

- Data klinikal yang ada sekarang menunjukkan kadar kes-kes penemuan baru di mana kanak-kanak yang sudah diberikan pelalian dengan hanya satu dos vaksin cacar air masih lagi dijangkiti virus berkenaan berkurangan berikutan dua dos vaksin berkenaan - Dr Musa.

Kesedaran terhadap kos yang meningkat bagi vaksin tambahan untuk cacar air boleh membebankan ramai ibu bapa kerana ia belum lagi dijadikan pelalian mandatori dan perlu dibayar secara berasingan. Namun, MMRV adalah alternatif yang berkesan dan penyelesaian yang praktikal. Selain mengurangkan kos pelalian MMRV menawarkan perlindungan yang lebih luas dari penyakit dengan suntikan yang kurang.

INFO:

Komplikasi akibat demam campak :-

# Jangkitan telinga
# Pneumonia (jangkitan paru-paru)
# Encephalitis (jangkitan pada otak)
# Cirit birit

Komplikasi akibat beguk :-

# Encephalitis (keradangan pada otak)
# Meningitis (keradangan pada lapisan otak)
# Pankreatitis (keradangan pada pankreas)
# Orchitis (keradangan pada testis) bagi remaja atau lelaki dewasa
# Pekak

Komplikasi akibat Rubella :-

# Arthritis atau arthralgia
# Encephalitis
# Bagi wanita dewasa, bayi boleh cacat seperti buta, pekak, masalah mental dan kematian janin

Komplikasi akibat Varicella (cacar air) :-

# Pneumonia
# Encephalitis

Laporan Akhbar : 
http://www.bharian.com.my

Baru-baru ini, baby I terkena jangkitan cacar air, lepas tu abah dia pula kena gatal-gatal di bahagian tangan dan kaki. So this two weeks....really in pressure mood!!!!

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More