eNjOy

Dimulakan dengan BISMILLAH.

rElAx

Disudahi dengan ALHAMDULILLAH.

BE UR SELF

E-CLASS FROM D'BOTTOM OF MY HEART.

WARM ASSALAM FOR MY NEW FRIENDS

INCOMING PETUNJUK DAN HIDAYAH.

gO hEalThY

Keep ur MIND N BODY N SOUL Fresh.

Monday, November 15, 2010

Chronicle : Raya Haji Menjelma lagi,




Selamat bercuti semua...kepada mereka yang pulang ke kampung semoga selamat hendaknya.
Semoga gembira di hari raya haji ini nanti.

Spur : Jati Diri Pemangkin Ummah.


Senantiasalah bermunasabah pada diri kita sendiri. Ceramah agama dapat memberi motivasi supaya kita menjadi lebih baik. Ini dapat melonjakkah lagi keimanan dalam diri agar tidak alpa di dunia yang fana. Justeru itu, renung - renungkanlah hadis di bawah ini. Semoga kita menjadi lebih baik dari semalam.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

Allah SWT menambah: “Maka Kami benamkanlah Karun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya),” (al-Qasas: 81)

Allah SWT sudah memberi ingat bahawa: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniaw dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,” (al-Qasas: 77)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannyasahaja,bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More