Kes 1 :
Pertunangan yang diputuskan kerana tidak mendapat petunjuk setelah solat istikharah.
Kes 2 :
Menolak tawaran melanjutkan pelajaran dgn biasiswa yang tinggi dan peluang pekerjaan yang terjamin.
* Istikharah, adab hamba dan Tuhannya.
Fitrah semulajadi manusia untuk merasa ragu-ragu dalam keputusan dan perbuatan yang dilakukan. Dilema ini timbul kerana mereka sedar, walau sehebat manapun tamadun dicapai, manusia hanya mampu merancang, sedangkan masa depan atau natijah sesuatu keputusan itu ditentukan oleh Allah swt.
Saranan Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Anas :
Maksudnya : “Apabila kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka beristikharahlah kepada Allah sebanyak 7 kali. Kemudian lihatlah apa yang terlintas didalam hati kamu, maka itulah yang ada kebaikannya.”
Istikharah adalah manifestasi ketaatan dan adab sopan seorang hamba terhadap penciptanya. Dengan mengajukan permohonan kepada Allah sebelum melakukan pekerjaan, seorang hamba itu sebenarnya mempamerkan akhlak orang yang beriman, beramal soleh dan merendah diri di hadapan Allah yang menjadikannya.
Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi :
Maksudnya :
“Antara kebahgiaan anak Adam ialah sentiasa beristikharah kepada Allah pada setiap urusannya. Antara perkara yang menyebabkan kecelakaannya ialah tidak beristikharah pada setiap urusannya.”
Adalah satu kesilapan apabila beristikharah untuk tujuan maksiat seperti :
Untuk memilih suami yang diketahui fasik, membeli barangan yang diharamkan atau menggunakan kaedah bayaran yang haram. Ia adalah haram dan salah.
Korban Istikharah.
Orang Islam terutamanya remaja, meletakakan isthikharah pada landasan tidak terarah, malah terlalu goyah.
Kes 1:
Kesilapan memahami istikharah membawa kepada perbuatan yang jauh lebih memudaratkan. Masakan petujuk daripada Allah menganjurkn agar seorang hamba memutuskan pertunangan secara mendadak. Bayangkan dosa yang dilakukan ekorn daripada perunjuk songsang yang diamalkan; seorang wanita yang tidak berdosa diaibkan dan dizalimi, seluruh keluarga terjejas maruah dan harga diri, dan terpaksa menanggunh kerugian yang bukannya sedikit. Dalam kes ini, istikharah tidak digunakan sebagai panduan memohon petunjuk Allah, sebaliknya ia nlelaki dayus yang tidak mempunyai keberanian meneruskan perkahwinan dan memikul tanggugjawab atau memutuskan pertunangan.
Istikharah tidak menafikan ilmu.
Memperkasakan istikharah dengan ilmu dan kajian disebutkan oleh Syeikhul-Islam Ibn Tamiyah :
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq dan bermesyuarat dengan makhluk, serta tetap pendirian dalam keputusannya. ”
Justeru, sebagaimana kita mengkaji keputusan dalam perniagaan atau pelajaran, istikharah jodoh juga menuntut seorang itu untuk mengkaji dan meminta pandangan daripada mereka yang lebih arif.
Contohnya, seorang Muslimah, apabila dilamar oleh seorang lelaki, perlu melakukan penyelidikan dan kajian terhadap calon dengan bantuan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa merangkumi aspek agama, budi perkerti, akhlak, usia, kemampuan kewangan dan keserasian. Soal hati juga menjadi penilaian. Ketika itu juga, solat istikharah dilakukan. Kecenderungan hati yang didasari penyelidikan yang jelas dan dibantu pula dengan solat istikharah memberikan jawapan yang lebih tepat kepada keputusan yang dibuat. Jika masih belum dapat memberikan kata putus, solat istikharah perlu diteruskan dn penyelidikan perlu dipertingkatkan.
Keputusan yang dicapai melalui dua kaedah ini sangat membantu seseorang berpegang dan redha dengan keputusannya. Ia juga bagi mengelak sangkaan buruk kepada Allah apabila pilihan yang dibuat berdasarkan ‘petunjuk Allah’ ini diuji dengan masalah. Perkahwinan yang diputuskan dengan istikharah tidak sunyi daripada ujian rumahtangga seperti yang lain. Malah perkahwinan ini mungkin berakhir dengan tragedi penceraian.
Istikharah bukan jalan pintas.
Tiada jaminan melalui al-quran atau hadis bahawa sesiapa mengerjakan istikharah, dia akan mendapat mimpi yang benar daripada Allah, bukannya syaitan.
Kesimpulannya, kita sendiri bertanggungjawab membuat keputusan dan tidak memaksa Allah memberikan petunjuknya. Istikharah bererti kita mengharapkan redha Allah dalam melakukan keputusan. Terpulang kepada Allah menentukan apa yang bakal berlaku dengan keputusan yang kita ambil.
Credit to : Penulis : Ustaz Rohidzir Rais, Column : Fiqh Muslimah
0 comments:
Post a Comment