Monday, July 26, 2010

Upshot : Imam Muda 2




EPISOD PERTAMA

Siapakah lima jenis golongan orang yang dibolehkan untuk memandikan jenazah?
1- Islam dan merdeka
2- Bukan pembunuh si mati
3- Bukan musuh si mati
4- Bukan orang yang fasik
5- Orang yang jujur dan amanah

Apakah 7 rukun solat jenazah?
1- Niat
2- Berdiri bagi yang mampu
3- Takbir 4 kali
4- Membaca Al-fatihah
5- Selawat
6- Doa kepada si mati
7- Memberi salam

Bolehkah seorang anak islam menyempurnakan mayat ayahnya yang bukan beragama islam?
Tidak boleh. Harus menziarahi mayat sahaja.

Apakah hukum bedah siasat ke atas mayat?
Harus sekiranya perlu.

Apakah hukum meletakkan bunga dan menanam pokok di kubur?
Harus. Tetapi tidak harus untuk pokok buah2an yang boleh dimakan.


EPISOD KE-2

Apakah hukum aqiqah?
Sunat muakkad

Apakah hukumnya aqiqah disatukan dengan kenduri kahwin?
Harus

Apakah hukum mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang aqiqah pada hari yang ke-7?

Sunat

Apakah hukum jika seseorang ibubapa bernazar untuk melakukan aqiqah?
Wajib dilaksanakan

Apakah hukum orang bukan islam memakan daging aqiqah?
Haram


EPISOD KE-3

Solat apakah yang sah jika diimamkan oleh seorang kanak2 atau anak kecil?
Solat sunat

Berapakan bilangan anggota sujud?
7 anggota. Dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 tapak kaki.

Apakah hukum solat sambil menyusukan anak?

Sah dengan syarat auratnya tidak terbuka.

Pembahagian solat terbahagi kepada berapa?
3. Solat fardhu, solat sunnah dan solat nafi.

Bolehkah solat khauf dilakukan di dalam daerah sendiri?

Boleh.


EPISOD KE-4

Sebutkan kedudukan hukum sahur.
Sunat mentaakhirkan sahur.


Apakah sah berpuasa sekiranya kita berniat setelah matahari terbit?

Hukumnya sah sekiranya kita belum melakukan perkara yang membatalkan puasa.


Apakah maksud zakat fitrah?
Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Aidilfitri pada bulan Ramadhan.


Siapakah amil zakat?
Amil adalah mereka yang mengumpulkan dan membahagikan zakat.


Apakah boleh membayar zakat fitrah melalui sms?
Boleh. Pembayaran zakat fitrah melalui sms tidak menyalahi hukum syarak.


EPISOD KE-5

1. Nyatakan pengertian ibadah haji mengikut istilah syarak.

>>Mengunjungi baitullah, al-Haram di Makkah kerana mengerjakan ibadah yang tertentu dalam masa yang tertentu.

2. Sebutkan syarat-syarat wajib haji?

1. Islam
2. Merdeka
3. Baligh
4. Sempurna akal
5. Berkemampuan.

3. Sebutkan definasi haji berikut?

>>Haji Ifrad.
Niat ihram mengerjakan Haji dan Umrah secara berasingan iaitu mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji, manakala niat mengerjakan umrah di luar bulan haji.

>> Haji tamattu.
Niat mengerjakan umrah dalam mana-mana bulan haji kemudian mengerjakan haji dan umrah secara berasingan.

>>Haji Qiran
Niat ihram mengerjakan haji dan umrah serentak pada masa yang sama.


EPISOD KE-6
Hak untuk mengambil nyawa itu adalah hak Allah, dan binatang merupakan satu makhluk yang rendah daripada martabatnya dari manusia yang perlu memperhambakan diri kepada manusia. Untuk itu, perlu adanya penyembelihan untuk menghalalkan haiwan itu (haiwan yang halal dimakan).

Pilih yang halal :-

Ada sebabnya Allah menyuruh umatnya pilih makanan yang halal lagi bersih, penting untuk umat islam, kerana setiap makanan yang haram kita makan, ia akan menjadi darah daging kita, dan kelak akan dipersoalkan diakhirat nanti.

Pemakanan itu membentuk sahsiah.


1. Nyatakan 2 jenis atau cara penyembelihan.

1. sembelihan ke atas binatang yang manusia berkuasa keatasnya

2. sembelihan ke atas binatang yang manusia tidak berkuasa keatasnya

2.Nyatakan 4 rukun sembelihan

1. Penyembelih
2. Alat penyembelih
3. Tempat penyembelihan
4 Binatang sembelihan

3. Apakah yang dimaksudkan dengan “memotong urat wadajain” Dua urat yang berada diatas papan tengkuk yang mengililingi halkum

4. Ahmad memakan daging ayam yang dilanggar oleh sebuah kereta tetapi sempat disembelih oleh ibunya. Apakah hukum bagipermasalahan ini?

Hukumnya:-
Sah dimakan sekiranya ayam itu masih hidup ketika disembelih oleh ibunya. tetapi makruh, kerana disembelih oleh perempuan.

5. Adakah sah sembelihan dengan menggunakan pisau yang masih berlumuran dengan darah?

Darah adalah najis, sepatutnya dibersihkan dahulu pisau itu sebelum melakukan penyembelihan yang lain sembelihan tetap sah selagi mana ia menjalankannya mengikut syarat pemyembelihan.

EPISOD-7

1. Sebutkan 5 rukun nikah.


1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi.
5. Sighah (ijab dan Qabul).

2. Sesebuah perkahwinan itu tidak sah , jika berwalikan?


1. Wali yang dipaksa.
2. Wali perempuan.
3. Wali Khunsa.
4. Wali yang masih dalam Ihram.
5. Wali kanak-kanak.

3. Apakah pula hukum bernikah dengan tunang orang? Adakah sah nikahnya?

Penikahan itu sah, kerana beliau tidak mengahwini isteri orang.

4. Adakah suami wajib bagi nafkah kepada isteri walaupun bekerja?

Suami isteri wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan dan kemampuannya walaupun isterinya bekerja.

Jangan sakiti anak yatim:-

Sabda rasulullah, yang bermaksud barangsiapa yang menyakiti anak yatim , maka ia menyakiti aku. Anak yatim tidak tergolong 8 golongan yang menerima zakat. Anak yatim perlu kita raikan, biasanya ketika bulan puasa, kita harus menggembirakannya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More