Friday, July 02, 2010

Vigor : The Essential of Eye


PENUAAN MATA

Implan AcuFocus Kamra antara kaedah atasi presbyopia yang disebabkan bebola mata kian tipis, sukar lihat objek dekat.

PENUAAN menyebabkan penglihatan terjejas. Malah, ketika usia menghampiri 40 tahun ke atas, setiap daripada kita akan mengalami masalah penglihatan dikenali presbyopia, termasuk yang mungkin tidak mengalami apa-apa masalah penglihatan sebelum ini.

Presbyopia merujuk masalah berkaitan bentuk bola mata yang kian menipis dan tidak lagi berupaya menjadi fleksibel. Perubahan ini menjadikan lensa mata tidak lagi elastik. Malah, otot gentian di sekeliling mata juga turut terjejas dengan penuaan ini. Dengan kurangnya sifat elastik, mata semakin sukar memfokus sekali gus menyukarkan anda untuk membaca. Pakar Runding Mata, Dr Chuah Kay Leong, berkata presbyopia menyebabkan seseorang itu sukar membaca buku, majalah atau bahan bacaan lain dalam lingkungan kejauhan lengan atau kira-kira 70 sentimeter. Mereka yang menulis atau mengait pula mudah sakit kepala, loya serta mata menjadi kering.


AcuFocus Kamra adalah alat berbentuk ‘donut’ yang dipasang pada kornea. Ia diletakkan di hadapan kornea bagi membolehkan seseorang itu membaca tanpa kaca mata.

Gejala Presbyopia:-

# Penglihatan kabur pada objek yang dekat
# Sukar membaca tulisan kecil
# Mata letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau pada waktu petang
# Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.
# Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.

Prosedur lain
(Selain AcuFocus Kamra)


# Penggunaan kaca mata
Penggunaan kaca mata dengan lensa tambahan dan dua titik fokus (bifocal) antara teknik pembetulan presbyopia yang popular. Selain itu penggunaan kaca mata khas untuk membaca juga satu lagi pilihan.

# Pembedahan

Satu lagi pilihan dalam menangani presbyopia ialah melalui pembedahan. Ada pelbagai teknik pembedahan untuk presbyopia, antaranya monovisiobn Lasik iaitu satu mata dibetulkan untuk penglihatan jarak dekat dan sebelah lagi mata untuk penglihatan jarak jauh.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More