Friday, July 02, 2010

Vigor : Hypertension








HIPERTENSI

Semakin ramai rakyat Malaysia hidap darah tinggi tanpa disedari.

17 MAY 2010 adalah Hari Hipertensi Sedunia yang disambut setiap tahun. Namun, kesedaran berhubung ancaman tekanan darah tinggi turut disertai fakta membimbangkan iaitu pembunuh senyap.

Di Malaysia, Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan pada 1996 mencatatkan 33% warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan masalah tekanan darah tinggi. Dan selepas 10 tahun, meningkat kepada 43% dan wanita Melayu menjadi kumpulan di tangga teratas iaitu pada anggaran 1 bagi setiap 2 orang.

Walaupun tekanan darah tinggi diketahui sebagai pembunuh senyap, tidak ramai yang mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan berkala. Malah disebabkan tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom, ramai yang hanya menyedari mereka mengalami tekanan darah tinggi selepas diserang angin ahmar.

FAKTA:
Bahaya Hipertensi:-

# Dihidapi seorang bagi setiap dua wanita Melayu
# Ramai tidak sedar alami penyakit
# 62 peratus tahu sakit tapi enggan makan ubat
# Ramai lebih percaya kaedah alternatif.

INFO:
Kawal tekanan darah tinggi:-

# Kurangkan berat badan
# Bersenam
# Kurangkan pengambilan garam dan ambil menu yang sihat
# Berhenti merokok
# Kurangkan pengambilan kafein
# Kurangkan tekanan
# Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More